Monday, August 31, 2009

10 Hari Puasa, Turun 4 kg..

Aku turun lg 4 kg...td pitimbang ingt xde la turun sbb mcm xnmpk pun beza dia...tp husband n mama aku kata da nmpk susut lg...

Td aku ngn husband aku tgk The Biggest Looser, tetiba lak dia kata dia pun nk minum Jus Mate 5...gelak je aku dgr...punya dia pujuk soh bg free sekotak...tgk la kalo komisen jual mate 5 ni ada lebih boleh la aku bg..

Pas aku puas hati ngn berat yg aku capai aku nk try Dr.II lak...nk kasi kulit jd cantik n gebu...no more make up tebal2 la after diz..


*rasanya puasa ni aku akan capai gak target aku!!

Monday, August 24, 2009

Soal Jawab Bersama Dr.Rozmey

TOPIK : Kenapa tak kurus??

Soalan 1:
Saya berat 82kg, tinggi 154 kerja guru, boleh tak bagi menu yang saya boleh amal sebab mengajar ni penat, lepas ngajar rasa lapar selalu, saya sarapan pagi dengan mee sup setiap pagi dan nescafe ais , berapa kalori dah semua tu.

Jawapan :
Had berat maksima puan utk BMI yang normal adalah 56kg. Berat badan yang ideal adalah 52kg. Sekarang BMI puan 35.5. Dr cadangkan Puan ambil 2 kali sehari JDM , untuk menggantikan makan tengah hari dan sebelum tidur. Ambil sarapan dan makan malam separuh daripada biasa. Pastikan puan akan rasa kenyang, bertenaga, dan tak suka makan, seterusnya akan mengalami penurunan berat badan . Dr target Puan akan dapat menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Selamat mencuba

TOPIK : Kenapa tak kurus??

Soalan:
Bolehkah JDM5 di ambil selepas makan nasi?

Jawapan :
Pertama sekali Puan perlu mengurangkan pengambilan kalori. Seterusnya gantikan dengan makanan yang rendah lemak, protein dan karbohidrat dan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Pastikan tiada pengambilan kalori 2 jam sebelum dan 3 jam selepas mengambil JDM5 kerana ia akan mengganggu proses pembakaran lemak oleh JDM5.

TOPIK : Pengambilan JM5 sebelum tidur

Soalan:
Bolehkah JDM5 di ambil sebelum tidur untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengambil JDM5 pada waktu tengah hari?

Jawapan:
Boleh. JDM5 membantu proses pembakaran lemak walaupon semasa tidur. Yang penting kawal pengambilan kalori dan jenis makanan yang diambil. Namun untuk kesan yang terbaik adalah pengambilan pada waktu tengah hari.

TOPIK : Kenapa tak kurus??

Soalan:
salam... nak tanya la, saya dah mkn sebulan dan skrg masuk kotak ke 2... tapi np tak kurus2 pun...berat dalam 70kg...peraturan ikut mcm yang doc suh... nasi langsung tak sentuh...skrg tgh berpuasa, sahur amik jdm, berbuke sup sayur mangkuk kecik... tapi... huhu

Jawapan :
Mereka yg sukar turun berat bukan sahaja disebabkan kalori lebihan,..dlm kes begini walaupun kalori sudah dikurangkan dan JDM diambil utk tingkatkan metabolisma dan pembakaran lemak,..lemak tidak mampu di bakar / dihancurkan kerana ia dihalang oleh faktor halagan seperti
1. kerosakan sel akibat sudah mengamal pil langsing berkimia,..
2. kesan ubatan steroid , pil kesuburan, pil perancang dan kesan negetif lain yg telah doc bincangkan .
Namun jika penguna sanggup hya ambil plain water + JDM 2X + sedikit buah + sedikit sayur=pasti badan anda mampu utk di didik dan menerima JDM utk membakar lemak. kejayaan penguna yg alami kes begini sudah byk.

TOPIK : JDM5 Untuk Ibu Selepas Bersalin?

Soalan:
Salam.... ingin bertanya :-
1) Boleh ke saya menggunakan JDM5 slps bersalin, bilakah waktu yang sesuai untuk menggunakannya (hari yang ke berapa)?
2) Apabila menggunakan JDM5, masih blh menyusukan bayi ke?
3) Jika di dlm pantang saya mengambil jamu, blh ke saya mengambil JDM5 ?
Tolong bagitau hari yang keberapa boleh ambil JDM5 slps bersalin.?
Terima kasih....

Jawapan :
Ibu menyusu selamat mengamal JDM utk ibu dan bayi,..minum air extra sedikit , dan bykkan buahan dan sayuran Terdapat byk jenis jamu,..jamu yg terdapat phytoestrogen, vitamin akan merangsang selera makan, dan menyimpang air,..kesan halangan jamu , berbeza ,..dr syorkan pengguna fokus kepada perkara yg paling utama,..jika mereka sudah pasti, jenis yg sukar berat turun ,..jgn campurkan amalan JDM dgn apa jua jenis amalan yg lain,...sekiranya mereka mendapat kesan penurunan yg bagus dgn JDM, dan amalan mengambil jamu tidak membantut penurunan berat oleh JDM,..boleh teruskan keduanya...JDM boleh diamalkan selepas 2 minggu bersalin. 30% susu ibu bertambah dan selebihnya normal. 1% di secrete kedlm susu ibu,..kesan kepada bayi menyusu adalah tidak bahaya dan berlaku pada 1-3% kes ibu yg menyusu yg amalkan JDM byk minum air dan plain water .

TOPIK : Pengambilan Jus Mate 5 Untuk Penghidap Gastrik

Soalan :
Doc..ini soalan lazim yg di tanya oleh pengguna jus mate 5 , boleh terangkan cara pengambilan dan tips khusus untuk penghidap gastrik..terima kasih..

Jawapan :
Bagi pengguna yg alami gastrik,..mereka kena terus amalkan ubat gastrik, ambil dgn air kosong,.seperti biasa,..biasanya di permulaan , gastrik akan terasa ,..ini disebabkan perut kosong dan asid tidak di neutralkan oleh makanan...namun HCA dlm JDM mampu menyediakan lapisan pelindung pareital sel gastrik daripada serangan asid dan mengurangkan jumlah asid tg dirembes,...bila perubahan sudah berlaku, gastik akan berkurang...dan hilang,..

TOPIK : JDM5 Untuk Kanak2 Bawah 12 Tahun

Soalan :
Salam Doc, ada sorang customer dia nak bg m5 ni pada anak dia yg baru berusia 12thn tp berat 75kg dgn ukurlilit pinggang 36inc.. Camner cara terbaik untuk dia doc?Ada sorang lg ni bminat nak cuba m5 tp dia ada penyakit RA (atheresis). Dia amek ubat hospital 2 x sehari tp ubat tu buat selera mkn dia bertambah. Jadi macamana m5 ni boleh bantu dia? urgent reply.. TQ

Jawapan :
Utk mereka yg berumur 8 tahun keatas , dpt dan berat badan antara 55 ke 80 kg boleh amalkan 1X sehari,..jika umur 10 tahun keatas berat melebihi 100 kg boleh amal 1 atau 2 kali sehari bergantung pada penurunan berat,..ibubapa diharap dpt menjaga pemakanan anak -anak supaya jumlah kalori yg diambil berkurang,..mereka boleh kurang kan 1/2 makan setiap waktu dan ambil JDM waktu malam sebelum tidur atau lebih aktif seperti program utk org dewasa. Pesakit OA , RA boleh mengambil JDM formula biasa,..

TOPIK : Mate 5 Special Edition Untuk Gout

Soalan :
Doc.. adakah yg special formula ni sesuai di ambil oleh mereka yang takde msalah gout jugak? atau mmg khusus utk org yg ada gout sajer.. sya ada ctmer yg pernah diet with high protin tp lepas tu ada msalah sakit kaki or sendi tak tak sure gout atau tak..adakah jdm with special formula ni boleh di ambil atau ambil jdm yg biasa saje? thks doc

Jawapan :
Sekitar 10% pesakit gout terdapat kekurangan enzim dlm kitar "phenyketuria' . aspartame boleh mengurangkan kecekapan enzim yg terlibat. Namun dlm JDM aspartame bukan aktif ingredient (0.01%), just utk beri rasa manis. Jika aspartame terdedah kepada 10% pesakit Gout yg terdedah.hanya sebilangan kecil 2-3 % yg mungkin alami peningkatan uric acid. Untuk memastikan tiada pesakit Gout mendapat kesan "uric Acid" , dr telah gantikan dgn pemanis lain,..yg kurang sedikat rasa manisnya.

TOPIK : JDM5 Untuk Pesakit Buah Pinggang

Soalan :
Salam doc.. saya ingin bertanya adakah jdm5 sesuai digunakan untuk pesakit buah pinggang yang tidak kronik dan belum sampai ke tahap homeodylisis.. utk pengetahuan doc..berat badannye 80kg..adakah dia perlu mengambil 2 sachet sehari..

Jawapan :
JDM selamat utk mereka yg alami sakit buah pinggang,...namun tahap penurasan (GFR) mestilah > 50 % utk memastikan tiada beban extra kepada buah pinggang utk mengbuang segala sisa terhasil daripada proses pembakaran lemak,.

TOPIK : JDM5 Untuk Pesakit Darah Tinggi

Soalan :
Salam doc.. Ramai Costumer yg tanya...
1) Pesakit darah tinggi boleh amik tak JDM5?
2) Macam mana JDM5 nie berfungsi bagi pesakit darah tinggi?
3) Cara pengambilan JDM5 dan ubat hospital?

thanks doc

Jawapan :
Pengidap darah tinggi adalah elok amalkan JDM5 yg boleh menurunkan darah tinggi. Ubatan darah tinggi pada awalnya terus diamal seperti biasa , dan pesakit kena regular check tekanan darah,..sekiranya darah tinggi sudah normal,..bolehlah kurangkan dose atau stop. Ambil ubat darah sebelum 2 jam ambil JDM dgn palin water JDM menurunkan darah dgn
1. kurangkan kolestrol ini mengurangkan periperal resistant.
2. Membuang toxin yg bahaya dari dalam usus
3. Mengurangkan kadar tindakbalas cortisol
4. mengurangkan pre / post load utk jantung

TOPIK : Sembelit

Soalan :
Salam semua..... Sejak pengambilan JDM5, saya mengalami sembelit & jarang ke toilet kecuali buang air kecil dek kerna minum air dlm 3 hingga 4 liter sehari... sebelum ni saya memng x de masalah pergi toilet.... selalunya 2 kali sehari. sebaik bangun pagi dan selepas mkn.... saya rasa x selesa.. bila x pergi toilet..... saya minum byk air putih n makan byk sayur dlm breakfast

Jawapan :
Dlm pengamalan JDM, penguna mula mengurangkan makan,ini menyebabkan pergerakan usus lambat / sembelit.5 mengandungi guar gum sejenis fiber yg boleh membantu merawat sembelit dan masaalah usus yg lain.Teruskan amal makan sayur n buahan spt betik / pisang ,.dan dlm masa yg sama kurangkan makanan berkalori jenis kaborhidrat spt nasi, roti, oat atau mee,...biasanya usus anda akan mula biasa dgn corak pemakanan yg baru,..dan guar gum dlm JDM 5 membantu merawat / mempercepatkan hilang sembelit yg pn alami,.. Pn harus faham , sembelit yg dialami disebabkan pertukaran cara / jenis makan,..bukan kerana JDM 5.

TOPIK : Diabetes

Soalan :
Salam.. doc.. ada kastemer..dia ada diebetes..dan mmg mengikuti program diet ngan dr pakar kat hospital...but berat badan tetap tak turun...kalau dia amik jdm5 dan terus makan ubat kencing manis dia tu...boleh ke doc? dan bagaimana cara dia nak amik...kene selang beberapa jam dgn ubat hospital?

Jawapan :
Pesakit yg mengalami DM ada dua jenis:
1. Insuliin dependant
2. Insulin resistant ..
testimoni JDM memberi khabar gembira ,.dpt bantu kedua golongan pesakit ini utk kontrol tahap gula dlm darah. Pesakit DM dan gemuk ada kemungkinan tinggi utk sembuh sepenuhnya dgn pengamalan JDM,.terutama jika dia mampu dpt berat ideal.Secara ringkas JDM mengurangkan sel lemak yg menjadi halangan utk isulin bertindak. bahan asab seperti l-carnitine, guar gum dan HCA dlm garcinia / supercitrimax mampu mengaktifkan insulin receptor pada target organ dan stimulat b-cell pada kelenjar pancreas mengeluarkan lebih insulin.Doc nasihatkan mereka yg ambil pil oral hypoglycemia, agar lakukan blood test RBS lebih kerap,..pada waktu petang jika tahap gula normal (4-6.8 mmol) , penguna tidak lagi perlu ambil ubat tersebut. Sekiranya tahap gula normal , mereka boleh berhenti ambil ubat.Utk mereka yg mengambil insulin,.kemungkinan perlu mengurangkan dos insulin yg diambil.

TOPIK : Obesiti, IUCD, Masalah Haid & Sakit Jantung

Soalan :
Diambil dari email kepada doktor..Selamat pagi Dr. nama saya Pn.Thareesa a/p Prak Chum saya amat tertarik dgn produk Dr akan tetapi saya amat takut untuk mencuba dgn begitu sahaja tanpa bertanyakan pendapat drpd Dr sendiri kerana sebelum ini ketika remaja saya pernah mengambil ubat diet dari sebuah klinik apabila berhenti berat badan naik secara mendadak,saya kini berusia 29thn berumah tangga mempunyai 2 orang cahaya mata saya berbadan besar sejak kecil dgn keberatan maksimum 90kg ketika usia 19thn tiada masalah kitaran haid tetapi setelah melahir kan anak kedua utk perancangan keluarga saya telah memasang IUCD di LPPKN(KL)selepas itu kitaran haid tidak menentu,berat badan meningkat mendadak ke tahap maksimum 118kg dan terus tiada haid saya mengambil rawatan dpd GHKL setelah macam-macam pil diberi utk mensatbilkan hormon tetapi masih tiada haid sekarang saya dinasihatkan utk mengambil pil perancang Yasmin dan saya telah keluarkan IUCD selepas habis set pertama(sekarang set kedua)saya telah dtg haid semula.Sekiranya saya ingin mencuba produk Jus Diet Mate 5 apakah ia akan memberi apa-apa kesan jangka panjang terutama kitaran haid kerana ubat yg saya ambil dulu saya rasa jantung berdebar(ibu saya mempunyai penyakit jantung) dan apabila berhenti mangambil berat badan makin meningkat begitu juga nafsu makan kian bertambah.Saya amat berminat malah kami 3 beradik mempunyai masalah yg sama iaitu Obesiti dan sekarang saya di timpa masalah baru iaitu sakit kaki yang teramat sangat,saya amat berharap Dr boleh beri jawapannya secepat mungkin kerana setelah sekian lama saya rasa tidak terdaya dan tidak bersemangat tetapi setelah mengikuti perkembangan serta kejayaan Dr melalui beberapa orang pesakit saya kini kembali bersemangat utk mencuba harapan baru ini dan semoga Dr dpt memberi nasihat cara pengambilan serta kuantiti yang perlu diambil jus tersebut dgn betul.

Jawapan :
Masalah pn timbul akibat gemuk...sekiranya kegemukan pn dpt pn atasi,..pasti setiap masalah pn akan sembuh,..JDM adalah JUS DIET yg paling berkesan,...amalkan dan ikut nasihat dr,..pn pasti mendapat manafaat...

TOPIK : Masalah Angin Dalam Badan - boleh Consume Mate5 Ke?

Soalan :
Salam Dr.Saya pernah mengambil herba**** -->"weight management" product berasaskan soya. walaupun berat badan turun, tetapi selepas sebulan setengah menggunakan produk tersebut, saya dapati badan saya "bloated" kerana angin.Saya diarahkan oleh doktor pakar di tmpt saya untuk berhenti mengambil produk tersebut kerana produk tersebut berasaskan kekacang --> punca masalah angin dalam badan saya. Untuk makluman doktor, saya masih mengalami masalah angin tetapi tidaklah seteruk semasa saya mengambil herba**** dulu.Bolehkah saya mengamalkan Mate5? Adakah apa-apa aturan pemakanan Mate5 untuk client-client yang mempunyai masalah angin dalam badan spt saya?Bolehkah Mate5 membantu mengurangkan masalah angin dalam badan? Untuk makluman doktor, berat badan saya ialah 79 kg dengan tinggi 155cm. Terima kasih atas perhatian dari Tuan Doktor.

Jawapan:
Guar gum didlm JDM merawat sembelit , kembong atau 'bloated abdomen'. Pn amalkan JDM dan byk ambil sayuran. Doc ada testimoni yg mengalami sembelit dan kembong yg 100 % sembuh after ambil JDM 1 kotak pada Jan 2007. Doc pernah ketengahkan isu ini di majalah popular misteri isu Sep 07.

TOPIK : Masalah Pigmentation Sebab Hormon Boleh Ambil DR-II Untuk Atasi dan Masalah Keguguran Rambut Ada Kesan Daripada Pengambilan JDM5

Soalan :
Doc, ada customer naniey tye dia kena x amik jdm sbb berat dia 60 kg dan tinggi 165 cm , lpas tu,dia ada pigmentation tp disebabkan hormon. sbb dulu dia nye period non stop..bleeding,dia dpt rawatan hospital,hospital masukkan hormon lelaki untuk stop bleeding.so,now dia dah x lgsg period lps tu smpai skrg..dia nak ambik DR-II,ada effect x?leh ke DR-II bantu pigmentation sbb hormone tu? so,pigmentation disbbkan hormon akan krg la klu guna DR II? sorg lg customer ada problem rambut gugur yang byk,x normal,so JDM ada kesan x pada rambut gugur dia nanti?

Jawapan :
BMi dia normal..tapi boleh ambik utk kempes perut.. boleh ambik dr2...dlm majoriti kes...pudar...tak..ada kesan pd rambut gugur..

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa...rasanya xterlambat lg nk wish kan...baru hari ke-3 puasa.

Aku puasa ngn Jus Mate 5 (aku amik mama aku nye stok skit..stok aku da abis belum order lg)...ok la so far, siap smlm aku boleh kemas umh,sapu sampah, basuh baju (ngn tgn ok!), sental bilik air...jaga ank aku yg kian lasak (HUH..penat mama, sayang..)..ptg kol 3 aku wat puding caramel atas permintaan mama aku...

Penat mmg la penat, tp kalo xpuasa pun aku penat gak,tp ni puasa...kire ok la tu kan?

Time berbuka tu aku mkn kurma sebiji then balun air byk giler...haus sesangat...mkn tu cam biasa la...mkn gak nasi (nasi sikit,lauknye byk huhu).

Aku masih xnk timbang lg berat aku...tunggu la bila aku puas hati.

To date, berat aku hilang 6kg sejak 2 bln penggunaan (slow kan?ye la aku kan amik suntikan perancang,mmg la)

ada ke sesape nk resepi puding caramel? hahah...camno nk diet kalo mkn teloq byk?gula pun byk wooo...tp kalo teringin, rasa skit da la..buat lepas gian.


Puding Caramel

Bahan A
-Telur 10 biji
-Gula 8 sudu besar
-Susu cair 1 tin
-Air kosong/putih 1 tin (tin susu cair td)
-Esen vanila 1 sudu

Bahan B
-Gula 10 sudu

Cara2
1. Masukkan susu & gula dlm periuk dan panas kan atas api perlahan kacau smpi gula larut.ketepikan sebentar bagi sejuk skit.
2.Masukkan telur & esen vanila dlm 1 & pukul perlahan2 smpi sebati. Pastu masukkan air n kacau lg.
3.Bile da puas hati, tapis adunan ke dlm loyang (utk elak ketulan n lubang2 udara dlm puding).
4.Kukus adunan selama 30 min dgn api sederhana.
5.Sambil kukus tu bolehla buat kuah gula dia...panaskan gula dlm kuali (jgn bubuh air ye)biar smpi kaler dia berubah jd keperangan baru letak air sikit demi sedikit...kacau smpi puashati...jgn cair sgt jgn pekat sgt...
6.tuang gula td pada puding n sejukkan dlm peti kalo suke..

Wednesday, August 19, 2009

Testimoni by miss_pija85

Ni testi dari member aku sendiri yg turut mengambil peluang keemasan turun berat badan ngn JM5 ni..tp aku xreti la plak nk copy YM tu cantik2 ltk sini..so aku post camni jela

Dear my fwen...jgn marah aaaa..
.
.
.
.
.
miss_pija85: wsalam
miss_pija85: ok
miss_pija85: hehe
miss_pija85: urun la 2-3 kilo
miss_pija85: aku mkn xkonsisten sgt
Diana: seyes ko turun da?
Diana: ok la tu xikut diet sgt tp turun gak
miss_pija85: sbb kna g kursuss aritu
Diana: bp lama ko mkn?
miss_pija85: klo ko nk order lg aku nk join skotakk
Diana: ok
Diana: gj ni
miss_pija85: ni msuk mggu kedua
miss_pija85: okay..
Diana: waaa....syok x da turun
miss_pija85: tu laa
miss_pija85: hehee
miss_pija85: nk g bekfess jap ek
miss_pija85: sandwish pg ni
Diana: ok
miss_pija85: aku start makan jusmate aku x amik nasi
Diana: seyes?
Diana: xlapar?
miss_pija85: time mkn aku amik sayur n lauk je
miss_pija85: seyesss
miss_pija85: ada gak rasa lapaa
miss_pija85: tp aku cover ngan air
miss_pija85: plain water kna byak
Diana: tu la..kn byk minum air masa lapar tu,,,nnt dia cover
miss_pija85: tu laa
miss_pija85: bekpess dlu ekk
Diana: ok
Last message received on 20-Aug-09 at 8:44 AM

Tuesday, August 18, 2009

Testimoni "TURUN 2kg IN JUST 4 DAYS!!"

Smlm aku kol Mrs.A sbb ari ahad lps dia ada kol tp aku xangkat coz enset aku problem..(tensen tol..enset baru tp da rosak itu ini)..sembang2 nye sembang aku pun tanya la dia ape perkembangan dia semenjak dia mkn JM5 ni...dia kata mula tu dia xbrape ske sgt rasa dia manis2 tu tp lelama ok lak...then dia kata da mkn 4 ari n supprisingly dia turun 2kg. FYI, Mrs.A ni amik pakej trial (7 sachet rm70).

terkejut gak la...sbb mula2 tu dia kata mmg dia xlarat nk follow diet btol2...tp aku nasihatkan dia utk mkn kerap tp dlm kuantiti kecil...Mrs.A ni sbnrnya baru abis pantang n sedang nyusukan anak so kalo mkn tu kn la amik mknn yg berkhasiat..

aku tanya gak pasal kesihatan bb dia...ok ke x?ade side effect ke x?dia kata mula2 tu bdn bb dia panas2 skit...tp skang katanya da ok..itu aku xpastila nape bdn dia jd gitu...nnt aku cuba tanya Dr.

then pg ni punya cite lak..

Mrs.W order lg one more kotak utk sedara dia...sedara dia ni pun nyusukan ank tp dia kata kn campur susu tin sbb dia xtahan lapar after susukan ank....aku nasihatkan dia utk terus susukan ank dia ngn Susu Ibu (lg cepat penurunan berat badan)..oleh itu aku kasi ini menu utk dia amalkan....cuba scroll bawah..utk sesapa yg nk follow bole follow..ni la cara aku mkn seharian kalo korang nk tau.tp kadang2 tu aku bantai gak KFC or Pizza coz sumtimes aku lemah iman..tp bkn mkn smpi 3 ketul ok...NO NO NO! mkn seketul je ckp la..ckp lepas gian je.
.
.
.
.
Sarapan
Jam 8.00 am
Menu
Nasi putih @ nasi lemak 1/2 mangkuk
Sambal 1 sudu
Ayam @ telur 1 ketul/biji
Air suam

Pam susu (leh dpt 6-8Oz)

Minum pagi
Jam 10.00 am
Menu
Air milo/horlick
Biskut Highfiber 3/4keping

Tgh hari
Jam 12.00 / 12.15pm
Menu
Jus Mate 5

Minum air masak byk2

Petang
Jam 3.00pm
Menu
Buah/kekacang
Air milo/horlick

Pam Susu (leh dpt 6-8Oz)

Blk Kerja terus susukan Baby Damia

Makan Malam
Jam 6.00 - 8.00pm
Menu
Sup sayo sawi + buah
@
nasi 1/2 mangkuk
ikan ato ayam
air suam

Susukan Baby Damia (direct feed)

Minum Malam
Jam 10.00pm
Menu
air horlick/milo/longan+kurma merah (tambah susu)
roti wholemeal 2 keping

Tido.......................................kalo terjaga minum air masak..........tido......................susukan Baby Damia....tido...


Air longan...aku minum utk tambah stok susu...

Wednesday, August 12, 2009

JM5 di bulan puasa

Satu lagi soalan yang kerap ditanya sejak akhir-akhir ini memandangkan bulan puasa akan menjelang tak lama lagi dan ramai yang mula berpuasa ganti mahupun sunat. Tak kurang juga yang berpuasa untuk melancarkan proses diet mereka kerana kesukaran mengawal nafsu makan tanpa berpuasa.


Baiklah untuk mereka yang berpuasa, cara makan yang perlu diikuti ialah seperti berikut:-


Sahur : Jus Mate 5 dan air masak sebanyak mungkin



Berbuka : Apa jua makanan yg sesuai untuk mereka yang berdiet anggaran 800kcal(sila r ujuk indeks kalori makanan)Untuk mereka yang mempunyai berat 100kg ke atas, boleh mengambil Jus Mate 5 sekali lagi sebelum tidur.


Testimoni yang saya terima dari mereka yang mengamalkan Mate 5 sambil berpuasa amat menggalakkan. Mereka yang tiada masalah akan merasa bertenaga sepanjang hari walaupon hanya mengambil Mate 5 semasa bersahur. Dengan itu proses penurunan berat badan lebih mudah.


Kenapa saya tekankan perkataan tiada masalah di atas? Seperti yang diberitahu berulang-ulang kali di dalam posting-posting sebelum ini, ada segelintir pengguna yang akan mengalami tindak balas negatif seperti pening-pening, tidak merasa kenyang, bertenaga seperti yang sepatutnya pada peringkat awal pengambilan Mate 5 kesan dari pengambilan pil-pil diet atau ubat-ubatan tertentu sebelum atau semasa mengambil Mate 5.


Jadi jika anda baru ingin “berkenalan” dengan Mate 5, tak digalakkan untuk terus berpuasa pada peringkat awal. Seeloknya bagi badan serasi dengan Mate 5 terlebih dahulu kemudian bolehlah kalau nak cuba berpuasa dengan Mate 5. InsyaAllah lebih mudah.

Cara Pengambilan Jus Mate 5 Semasa Berpuasa

Cara pengambilan Mate 5 semasa berpuasa



Sahur :

Bangun awal dan bersahur dengan Mate 5, sementara menanti waktu Imsak minum air kosong sebanyak mana yang mampu.



Berbuka :

Minum air kosong dulu segelas dua untuk mengelakkan makan banyak nanti. Kemudian makan dalam kuantiti yang sedikit, dengan kata lain berhenti sebelum kenyang. Ikut sunnah gitu.


Jika anda mempunyai berat melebihi 100kg boleh minum Jus Mate 5 untuk kali yang kedua selepas terawikh atau sebelum tidur.


Soalan 1:

Saya tak larat nak minum Mate 5 dengan air sejuk pagi-pagi. Apa harus saya buat?


Jawapan

Tak perlu ambil Mate 5 dengan air sejuk. Boleh bancuh dengan air kosong pada suhu bilik.


Soalan 2:

Bolehkah saya ambil mate 5 sebelum tidur kalau tak nak ambil semasa sahur?


Jawapan

Boleh. Pembakaran lemak masih berlaku walaupon semasa tidur tetapi untuk kesan maksimum adalah pengambilan diwaktu sahur kerana pada teorinya kita paling banyak menggunakan tenaga pada waktu siang. Jadi Mate 5 akan mengaktifkan pembakaran lemak utk ditukarkan kepada tenaga yang kita perlukan


Soalan 3:

Bolehkah saya ambil mate 5 semasa berbuka?


Jawapan

Seeloknya ambillah apa2 makanan dalam dalam kuantiti yang sedikit semasa berbuka. Selepas 2 jam atau sebelum tidur boleh lah ambil Mate 5.


Soalan 4:

Bolehkah saya ambil mate 5 dan makanan lain semasa bersahur?


Jawapan

Boleh, jika perlu. Bangun awal untuk bersahur. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Setengah jam kemudian boleh ambil Mate 5 dan jangan lupa minum air yang banyak. Tapi lebih digalakkan jika boleh ambil Mate 5 semata2 semasa bersahur.

JM5 dan Ibu Mengandung

Bagaimana jika pengguna produk ini mengandung tanpa disedari. Adakah selamat untuk kandungan mereka jika mereka terus mengambil JDM5 tanpa menyedari yang mereka telah mengandung?


Soalan di atas pasti akan ditanya oleh mereka yang sedang merancang untuk mengandung. Saya bawakan jawapn dari Dr Rozmey untuk persoalan di atas.


JM5 mampu membantu menyuburkan wanita mandul dgn meningkatkan kematangan meosis satu pada tahap metaphase dan serta meningkat aktviti ovari. Ramai pengamal JM5 yg mandul sudah hamil. JM5 selamat, utk ibu dan bayi.


Namun, ibu mengandung dilarang utk diet,..kerana ini bertentangan dgn fisilogi normal perubahan mengandung, yg memastikan ibu dan anak mendapat zat secukupnya, dan kenaikan berat semasa mengandung adalah kerana perkembangan bayi dan saiz sel-sel ibu utk persediaan secukupnya selama tempoh mengandung dan bersalin serta proses susuan bayi.

Monday, August 10, 2009

Aku sblm & Sesudah kawen


@ Teluk Kemang 2 years ago

2 years ago..


mac 2008




our hanimun



Aku time preggy

Nk bergambo pun jd segan



Tembamnya aku

smpi tgn2 pun bengkak..gelang pun jd ketat




Sebelum guna JM5

Zaman PUO

Ni gambo masa buzday aku yg ke-18..time tgh putus chenta la ni..nasib ada member2 yg sempoi..From left Ana, aku, Fiza n Aini

Ni gamba dak kelas aku masa sem 1...

Ni masa sem 2...time ni kitorang nk kuar g Green Town Mall..From left aku, Fiza n Mala
Ni masa sem 4..tgk tu...mkn pun share2..heheh..From left aku, mala n ape ye...ika panggil budak busuk dia nih...hehe da lupa la...sori bro

Ni sem 4.. time sukan poli.



Ni sem 4...waaa hitam nye aku..


Eh...ni da terselit ni...ni time aku kat Bahiyah..ting 2


Ni sem 2...gelap gelita..yg kelihatan hanya kulit berminyak ku.. + gigi



Ni after habis poli...chubby kan aku...Average berat aku masa kat poli 50-53kg...masa ting 2 tu berat aku dlm 48-49kg je(ingt lg sbb aku xlepas nk kumite...instructor aku xbg..berat xsmpi 50)

Ni je gamba2 yg ada dlm koputer aku...byk lg gamba tp xlarat nk scan..

Time Sekolah2 Dolu2...Gini la aku


Ni masa aku form 4 panjat Bukit Raka,Bentong (3 dari bawah)


Ni masa kat Melaka..lawatan kelab Bhs Melayu.. Nurul Aiman, G-jah n me



Ni masa form 5..Ahli2 exco pengawas SEMENTA. aku line no 2 yg ke-9 dari kanan



Dak2 ting 5A...aku barisan ke 3 yg ke-5 dari kiri



Ni dak2 ting 4B, aku yg duduk tu yg ke-3 dari kanan




Ni masa ting 5..Lawatan ke Terengganu by badan pengawas SEMENTA


Ni masa ting 4...



Ni after SPM...aku kerja jap kat kedai keset Music Valley kat METRO Kajang..
Ni la aku...masa zaman sekolah dl....berat aku dl sekitar 49kg ke 51kg...sekolah dulo2 aktif la gak...ngn karate,panjat sn sini...tp la ni...hampeh..nk jln kaki pi site pun punya la malas...huhuh



Sunday, August 9, 2009

Berat aku turun lg...

Berat aku turun lg 2kg...total lost 6 kg

Friday, August 7, 2009

Breast Feed Mom & JM5..ok ke?

Da ramai yg tepon,YM n e-mail tanya mengenai kesesuaian ibu menyusu sambil minum JM5 ni...sumer risau sbb takut baby terkena effectnya..

b4 dat, aku nk wish CONGRATULATION to all mommies yg menyusukan baby2 nya..dapat menyusukan anak tu satu anugerah dari Tuhan Maha Esa...nikmat menyusukan baby ni pun xterkata...aku sendiripun niat nk susukan Baby Damia smpi umur dia 2 thn...sbb Susu Ibu ni adalah yg TERBAIK buat anak2 kite...ciptaan Allah swt tukan tiada tolok bandingannya..kan kan kan?(Semoga Allah memberkati ku dengan susu yang tidak terputus2)

Back to our topic. Yup, bagi akupun sama gak...mulanya risau gak nk guna JM5. Sesuai ke tidak ke bg ibu menyusu? tp after done some research n asking from other users baru aku betul2 yakin n nekad guna JM5 ni.

Aku baca dlm forum herba prima yang mengemukakan soalan mengenai hal ni dan dijawab oleh dr.Rozmey sendiri. dr.Rozmey said (something more like this)
"0-2% ingredient JM5 akan masuk dlm susu.tp dgn peratusan yg kecil mcm tu xkan memberi kesan kepada baby...tambahnya lg dgn kehadiran soy protein tu akan membanyakkan susu kite"
itula yg dikata...for more detail click ni..dan yg ni

Kalo ibu yg selepas melahirkan tu, yg teringin nk guna JM5 ni...boleh la guna after 2weeks.....kalo takut gak tunggu la baby tu da start mkn...

Sepanjang pengalaman sy gn JM5 ni sambil nyusu Baby Damia, ok je..no side effect to her.Selera dia cam biasa je,dia berak pun cam biasa je..sy amik JM5 ni masa Baby Damia 3bln lg...mula try tu sy selang seli gak...ada masanya sy skip gak utk tgk perubahan pada Baby Damia..biler ok sy continue jela..tp yg penting sy kn minum byk air.

Tp ini adalah berdasar ape yg sy alami la...kalo perkara lain lak yg jd pd others tu...sy pun xtau nk kata ape...try n error la dl tgk baby ok ke x..kalo ada effect pd baby than discontinue using it...tunggu la baby tu besar skit da bleh mkn.As for me, im still consuming it..

Tuesday, August 4, 2009

I Hv Lost Inches

Macam tittle tu kata..."Aku dah LOST a few more inches OK!!!!"

Huhu...semalam mama ukur baju..nk wat raya la.aku sj mtk mama tolong ukur baru xnk pki sample bj da..sbb rasa mcm da xbest je.

Ukur punya ukur rupanya aku da lost 3inci kat perut (tp perut ku masih kelihatan sedikit buncit...acisss bencinya)..peha pun da lost sebanyak 2 inci each.bontot da lost 2 inci gak. So total lost inch = 9 inches..

Bape berat aku turun aku xnk pi timbang...biar dl kasi supprise skit..lama gak aku x pi timbang.

Rasa sonok biler lama x timbang n x ukur badan...biler ukur terus dpt tgk perbezaan yg ketara..cam semangat nk turun lg...huhu

Akan ku upload gambar terbaru aku biler aku rasa sgt puas hati nnt..

Sunday, August 2, 2009

Dulu 208kg kini 95kg...

Aku tepek testimoni dl...xlarat nk komen ler...demam xkebah lg...da 2 3 hari da ni...takut lak kn H1N1..hukhuk..takutnyer...



Testimoni JM5...Tua Muda pun boleh guna pe?

Xpercaya?


Xpercaya lg?

Sape2 pun bole guna...tua muda xkisah...but b4 dat kn dpt consultation dl ye...

Testimoni JM5

PN. ARMANISAH

Saya memulakan hari pertama dengan JUS MATE 5 pada 11 Ogos 2008. Pada masa itu berat saya adalah 63kg dengan ketinggian 150cm dan ukur lilit pingang 33’. Berumur 32 tahun dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Bekerja sebagai seorang kerani dan gemar kelihatan kemas serta bergaya setiap kali hadir ke pejabat.

Penambahan berat badan saya yang mendadak kebelakangan ini menghalang saya untuk berfesyen. Teguran dari kawan sepejabat menjadikan saya kurang keyakinan diri dan paling malang sekali ada yang menyangka saya mengandung kerana perut saya kelihatan membuncit. Malunyerrr….

Saya mengenali JUS MATE 5 melalui internet. Yakin dengan produk yang ditawarkan dan harga yang berpatutan saya terus membeli 3 kotak JUS MATE 5. Tidak menjadi masalah pada saya untuk menjadikan JUS MATE 5 minuman harian kerana rasa dan baunya tidak memuakkan.

Apa yang paling menggembirakan, saya masih tetap dengan rutin harian saya dirumah memasak makanan dan membuat kuih dan kek kegemaran anak-anak dan suami. Saya lebih bertenaga di bulan puasa dengan hanya mengambil 1 paket JUS MATE 5 semasa bersahur. Hasil daripada amalan diet saya dengan dibantu JUS MATE 5, tiga minggu pertama berat saya 59.5kg dan pinggang 32. Tiga minggu kedua berat saya 56kg dan pinggang 30’ dan tiga minggu akhir berat 53.5kg dan pinggang 28.

Saya masih mengambil JUS MATE 5 seminggu sekali dan menggamalkan cara pemakanan yang disyorkan. Kawan sepejabat perasan dengan perubahan berat badan saya. Saya mengambil peluang ini untuk menyebarkan kepada mereka kebaikan JUS MATE 5 dan mula berjinak jinak untuk menjadi pengedar. Kini saya gembira kerana boleh mengayakan pakaian yang saya gemari. Terima kasih JUS MATE 5, terima kasih DR.ROZMEY dan terima kasih semua warga HERBA PRIMA SDN.BHD.


Oleh: Armanisah Bt Ahmad