Wednesday, August 12, 2009

JM5 di bulan puasa

Satu lagi soalan yang kerap ditanya sejak akhir-akhir ini memandangkan bulan puasa akan menjelang tak lama lagi dan ramai yang mula berpuasa ganti mahupun sunat. Tak kurang juga yang berpuasa untuk melancarkan proses diet mereka kerana kesukaran mengawal nafsu makan tanpa berpuasa.


Baiklah untuk mereka yang berpuasa, cara makan yang perlu diikuti ialah seperti berikut:-


Sahur : Jus Mate 5 dan air masak sebanyak mungkin



Berbuka : Apa jua makanan yg sesuai untuk mereka yang berdiet anggaran 800kcal(sila r ujuk indeks kalori makanan)Untuk mereka yang mempunyai berat 100kg ke atas, boleh mengambil Jus Mate 5 sekali lagi sebelum tidur.


Testimoni yang saya terima dari mereka yang mengamalkan Mate 5 sambil berpuasa amat menggalakkan. Mereka yang tiada masalah akan merasa bertenaga sepanjang hari walaupon hanya mengambil Mate 5 semasa bersahur. Dengan itu proses penurunan berat badan lebih mudah.


Kenapa saya tekankan perkataan tiada masalah di atas? Seperti yang diberitahu berulang-ulang kali di dalam posting-posting sebelum ini, ada segelintir pengguna yang akan mengalami tindak balas negatif seperti pening-pening, tidak merasa kenyang, bertenaga seperti yang sepatutnya pada peringkat awal pengambilan Mate 5 kesan dari pengambilan pil-pil diet atau ubat-ubatan tertentu sebelum atau semasa mengambil Mate 5.


Jadi jika anda baru ingin “berkenalan” dengan Mate 5, tak digalakkan untuk terus berpuasa pada peringkat awal. Seeloknya bagi badan serasi dengan Mate 5 terlebih dahulu kemudian bolehlah kalau nak cuba berpuasa dengan Mate 5. InsyaAllah lebih mudah.

No comments:

Post a Comment