Monday, June 29, 2009

1st day...

29/6/09

1st trial nii...bancuh ngn air xberapa sejuk..takut ank batuk2 sbb Damia minum susu badan..lama gak amik masa nk abiskan JDM5 sbb rasa dia mcm minum panadol budak2 tu...rasa limau2..

mula tu rasa lapar gak...pening2 skit,tp tahan je..dlm 1jam pastu da ok..rasa lapar tu masih ada skit2 tp xde lak rasa nk mkn...mcm hilang selera la gitu..

Damia lak masih nyusu cam biasa...kekerapan nyusupun masih sama mcm sebelum ni...pas nyusu dia mesti rasa lapar...so...petang smlm aku bantaila nasi lauk ikan n sayur...mlm sebelum tidur aku minum nestum...alas perut takut xde susu lak nnt.

Sunday, June 28, 2009

Jus Diet Mate 5...bermulalah episod baru

Hari kamis lepas da order JDM5 kat Kak Nazha...dia kata dlm 2-3 ari smpi la...dats mean arini ni la smpi kot..hmmm..xsaba2 nk start ni...berkobar2.

Chubbynyer aku...huhu

Smlm aku da ukur badan aku...mak aihhh..banyak tol nk kn buang ni..

dada-36
pinggang-35
punggung-48 (tang ni yang nk kn buang byk ni...nk cari suar mmg payah)
berat-68

target aku nk turun tang pinggang n punggung tu...yg utama tu...berat tu aku target turun 8kg dl dlm masa 1bln...(bole ke ni?aaah...yakin boleh je)



Ni gamba aku "before" ..we'll see "after" 7days nnt lak erk..

Jus Mate 5 smpi kol 11++am..xsabar punye pasal dlm keta gak aku bukak..

Thursday, June 18, 2009

Testimoni JM5

Kalo nk tau...testimoni2 ni la yg memainkan peranan dlm membuatkan aku nk try JM5 ni...kalo baca kes dorang ni mmg membuatkan kite ni insaf gak la...membuatkan kite berfikir utk menjaga berat badan terutama kesihatan kite..kalo nk baca testimoni dorang, klik link ni


Pasti kalian pun teringin nk try JM5 ni...kalo nk try g tau la ye...leh kongsi pengalaman..

Minggu depan Gaji...

Hissssh..xsabar rasanya nk tunggu ari gaji...nk beli JM5 nih.

Semalam aku puasa 1 hari...aku masih "membotolkan susu ibu" utk ank aku..dapatla 3 botol penuh...tp tiap kali aku "membotol" mesti lapar sgt2...harap2 dgn mkn JM5 ni akan buat aku sentiasa rasa kenyang walaupun selepas "membotol". ye la kan, x lama lagi kan da nk puasa...kalo rasa lapar sgt camne aku nk puasa, susukan anak tetap kena buat..da tanggungjawab aku tuh...tol x?

Mggu dpn aku nk try JM5 dan cuba berpuasa sehari...nak tau result camne...sooo tunggu ye update aku mggu dpn..

Tuesday, June 9, 2009

Ingredient & Khasiat JM5


Ni ada beberapa info 'bout JM5....sila2 la baca

Jus Diet Mate 5 merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu effektif di dalam mengatasi masalah kegemukan.Jus Diet Mate 5 formula hebat! Mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan kabohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Ramuan-Ramuan Utama Jus Diet Mate 5:

1. Garcinia Cambogia (HCA)
Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembetukkan lemak disamping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukannya lemak. Ianya juga begitu berkesan untuk bertindak mengawal selera makan.

Kebaikan Garcinia Cambogia:
-Berkesan mengurangkan berat badan
-Menghalang selera makan
-Menghalang pembentukan lemak
-Mengurang kolesterol
-Menambahkan tenaga
-HCA dalam garcinia combogia amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman
-Merawat masalah kemurungan, susah tidur, migraine, gastrik, kencing manis, darah tinggi.

2. Hoodia Gardoni
Herba ini dihasilkan daripada pokok Kaktus dari Afrika.

Kebaikan Hoodia Gardoni:
-Mengurangkan selera (tidak ingat makan langsung selama lebih 24 jam!!!)
-Berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori
-Memberi tenaga tambahan
-Semulajadi dan selamat untuk diamalkan

3. Guar Gum
Merupakan juga ramuan yang diperkaya dengan fiber.

Kebaikan Guar Gum:
-Memberi rasa kenyang
-Bertindak baik bagi mencuci usus
-Membuang lemak, glukos dan racun dari usus
-Menyihatkan usus
-Menyihatkan jantung
-Mengatasi masalah stroke

4. L-Carnitine
Merupakan satu ramuan yang begitu berkesan dalam pembakaran lemak (fat burner), menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari. L-Carnitine merupakan ramuan yang sangat mujarab dalam program diet di mana ianya sangat effektif untuk mengurangkan rasa lapar dan letih.

Kebaikan L-Carnitine:
-Menambahkan tenaga dan mengekalkan tahap kecergasan badan sepanjang hari
-Ianya ramuan yang bagus bagi melindungi jantung, saraf dengan bertindak sebagai agen antioksida

5. Inulin
Satu ramuan yang diperkayakan dengan fiber daripada buah-buahan. Rasa yang manis tetapi tidak diserap kedalam badan.

Kebaikan Inulin:
-Bagus untuk kencing manis
-Memberi tenaga tambahan
-Meningkatkan kadar metabolisme badan

6. Soy Protein
Soy protein adalah sumber daripada protein lengkap tanpa kolesterol menggantikan protein haiwan.

Kebaikan Soy Protein:
-Ramuan tanpa kolesterol
-bagus untuk penjagaan jantung
-Soy protein melancarkan kitar haid dan kesuburan wanita

Sunday, June 7, 2009

JM5 di METRO


mmg da lama baca iklan kat METRO mengenai JM5 ni...tgk testimoni sume mcm gempaq2 belaka...ada yg turun berkilo2 cume dlm masa 3-4 mggu je..ni yg mencabar naluri nk mencuba..mama pun da cakap nk try gak..maklumla, dia kan jurulatih PLKN..nk kurang skit berat bdn bg cergas..after that, aku pun mula la search n selidik skit2 mengenai cara mkn, kesan sampingan kalo ada,cara amalkan...sesuai ke x utk aku yg menyusu baby ni..hmmm after selidik punya selidik aku pun puas hati, n da janji ngn mama nk bli JM5 after gaji bln ni...xsabar lak rasanya.pas ni nk cari dealer lak..huhu



ni gamba masa muda mudi...huhuh berat masa ni dlm 50 ke 55kg


2 gamba kat atas ni gamba masa aku tgh ngandung 8 bln. Berat masa ni 80kg..

ni gamba hari kedua aku melahirkan..

ni gamba terkini (8/6/09) berat semasa : 71kg

Wednesday, June 3, 2009

Siapa Aku?

Aku merupakan seorang ibu muda yang berusia 24 thn..

Saat2 mengandungkan anakku Damia Zulaikha merupakan saat yang terindah dlm hidup aku...masa tu segala perubahan badan yang aku alami aku terima dengan terbuka...xpernah aku merungut tentang pertambahan berat badan aku..aku pikir sume lemak2 dan "kg" tu akan hilang selepas aku melahirkan nnt.

Tp sangkaan aku meleset sekali...

Aku melahirkan Damia Zulaikha melalui pembedahan...dan akibatnya aku sukar untuk melakukan kegiatan lasak mahupun mengangkat berat...aku hanya mampu menurunkan berat badan aku sebanyak 9kg dari 20kg. Selebihnya masih kekal ke hari ini..

Rakan-rakan di opis pun perasan mengenai "lebihan" yang masih melekat ni. Walaupun aku menyusukan anakku xde sebarang perubahan yang berlaku..

Bayangkanlah, masa sebelum kawin berat aku diantara 53-58kg dengan ketinggian 160cm. 2 bln aku mengandung berat aku 60kg. Kali terakhir timbang sebelum beranak 80kg...(perghhhh berat tol aku!). Lepas habis pantang berat aku cuma turun ke 71kg je..Dan skang Damia da 2bln 1/2, berat aku masih 71kg. Itu nasib baik aku nyusukan Damia...kalo x mungkin lg naik badan aku ni...